Thursday 9 June 2011

Penipu Sebenar Dan Penipu Palsu

Hari ini saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Kinikal bersama Pakar Psikiatri untuk membincangkan mengenai pesakit-pesakit Psikiatri. Sedikit perkongsian ilmu Ilahi mengenai pesakit yang mengalami Bipolar Disorder iaitu secara amnya pesakit yang mengalami kecelaruan mood samaada terlalu gembira atau terlalu sedih dan sukar untuk dikawal mahupun diramal bila akan berlakunya mood tersebut.

Ketidakseimbangan minda untuk berfungsi dengan baik yang berlaku pada pesakit menyebabkan berlaku 'penipuan' secara tidak terkawal tanpa diingininya berlaku. Ini bolehlah saya katakan sebagai 'penipu palsu' iaitu berlaku ketika pesakit sedang sakit atau mengalami Bipolar Disorder. Ini kerana ketika pesakit sedar semula, ia tidak menyedari apa yang berlaku pada ketika detik penipuan itu berlaku. Ini sangat jelas membuktikan pesakit tidak dapat mengawal apa yang berlaku seperti orang biasa yang sihat tanpa gangguan kecelaruan minda.

Berbeza pula dengan sesetengah manusia yang memang suka 'menipu' dengan sengaja. Ini bolehlah kita namakan 'penipu sebenar'. Maka bolehlah saya rumuskan bahawa kita berhak menjadi apa yang kita inginkan dengan hati yang ikhlas melainkan kita jatuh sakit (kecelaruan psikologikal).

Bersama-sama kita mengetahui serba sedikit punca berlakunya kecelaruan psikologikal iaitu faktor sosial(cth:kemiskinan dll), faktor keluarga (cth:hubungan keluarga dll), faktor psikologikal (cth:stress dll) dan faktor biologikal (cth:genetik dll).

Minda yang sihat melahirkan diri yang berkualiti baik dan mencegah lebih baik dari merawat.

(Penulis:Perunding HPC)

No comments:

Post a Comment