Tuesday 7 June 2011

KEUNIKAN MANUSIA DAN BUDAYA

    Sungguhpun manusia diciptakan sama daripada segi fitrah, namun manusia tergolong ke dalam berbagai kelompok, bangsa, kaum, etnik dan ras. Setiap manusia mengiktiraf perbezaan-perbezaan ini dan telah menekankan betapa perlunya manusia untuk saling mengenali antara satu sama lain. Malah dalam negara kita sendiri tidak pernah mengabaikan kaum minoriti atau mendiskriminasi antara kelompok-kelompok tertentu. Golongan minoriti dan terpencil diberikan hak yang sewajarnya dalam menjalani kehidupan sebagai manusia. Ini bolehlah dikatakan sebagai kepelbagaian budaya dari aspek kumpulan minoriti. Kepelbagaian budaya adalah satu realiti dalam kehidupan di dunia ini dan kaunseling pelbagai budaya berperanan dalam mengenalpasti resolusi masalah tersebut (Corey, Corey & Callanan, 2007).
          Diantara beberapa kumpulan minoriti termasuklah golongan gay, lesbian, suku kaum asli, golongan kurang upaya, kumpulan etnik minoriti serta lain-lain lagi. Menurut Corey, Corey & Callanan (2007), kumpulan minoriti merujuk kepada orang-orang yang menjadi berseorangan diluar daripada biasa serta menganggap di diskriminasikan. Ia mungkin terdiri daripada beberapa orang sahaja atau kelompok yang kecil. Di Malaysia contohnya terdapat isu yang mengatakan suku kaum asli serta orang kurang upaya di disriminasikan. Namun, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam mengatasi masalah ini seperti ingin membawa keluar suku kaum asli ke kawasan yang senang mendapat kemdahan dan sebagainya. Tetapi golongan itu sendiri yang ingin mengekalkan tradisi kehidupan mereka. Manakala golongan kurang upaya pula telah  banyak dibantu untuk memastikan mendapat kemudahan yang sepatutnya.
          Penglibatan bidang kaunseling dalam menghadapi masalah dan isu kumpulan minoriti ini adalah satu langkah yang baik dalam membantu memperkembangkan potensi golongan ini dan mencari titik kekuatan untuk bersama-sama menjayakan agenda masyarakat majmuk. Pemahaman yang pelbagai di kalangan pengamal kaunseling akan memudahkan penerokaan kepada isu-isu ini. Malah kumpulan minoriti ini sebenarnya adalah satu keunikan manusia yang wujud dalam dunia sekarang.
(oleh:MOHAMMAD AFIZUL MOHAMMAD KB;PA)

No comments:

Post a Comment