KAUNSELING





HPC menawarkan khidmat Kaunseling secara Profesional oleh Kaunselor-kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Kaunselor yang berkhidmat mempunyai pengalaman dalam mengadakan sesi kaunseling secara teraputik dan mengikut garis panduan Kod Etika yang dikuatkuasakan oleh Persatuan kaunseling Malaysia(PERKAMA) dan Perundangan Akta 580.

Setiap sesi harus dijalankan di pejabat HPC. Setiap sesi harus mengambil masa selama 45minit dan bagi klien yang menghadapi krisis, sesi kaunseling yang dijalankan boleh mengambil masa lebih daripada 45minit bergantung kepada isu yang dihadapi klien.

HPC tidak akan menerima sebarang pemberian lain samaada hadiah atau sumbangan kerana HPC menentapkan bayaran secara profesional mengikut package yang ditawarkan(rujuk pihak pengurusan HPC). Walaubagaimanapun klien harus mendaftar di Kaunter HPC bagi setiap sesi pertama dan dikenakan bayaran pendaftaran RM5 sahaja.
Kaunselor Berdaftar akan membantu setiap klien yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di HPC. Namun, jika HPC mendapati klien mempunyai isu yang tidak boleh dibantu, Kaunselor Berdaftar akan merujuk kepada pihak yang lebih memahaminya atau berbincang dengan pihak profesional lain (Pegawai Psikologi Klinikal atau Pakar Berkaitan) secara tertutup untuk kebaikan proses rawatan klien.



Setiap sesi yang dijalankan terikat dengan etika kerahsiaan sepenuhnya kecuali melibatkan perkara-perkara yang akan memudaratkan diri klien, memudaratkan diri orang lain serta perintah mahkamah.