Monday 12 December 2011

ILMU UNTUK DIKONGSI

Alhamdulillah pada hari minggu (Ahad) yang lepas saya diberi peluang menjadi Pengacara Majlis untuk Pemidato Akademi Pidato Nusantara untuk dinilai oleh Panel Penilai dari Kementerian terlibat untuk bakal Pensyarah yang akan mengajar di UiTM kelak.
Saya juga tidak menjangkakan akan menjadi Pensyarah tersebut dan dalam masa majlis ini berlangsung secara spontan untuk mengemudi majlis ini. Alhamdulillah rata-rata sahabat yang hebat berpidato mengatakan majlis berjalan dengan baik. Antara komen yang saya terima seperti "seorang MC yang cukup hebat, cukup mantap, berkreatif dan innovatif....".
Semoga hasrat saya untuk berkongsi ilmu apa yang saya tahu tercapai. InsyaALLAH..

Ya ALLAH berkatilah segala hasrat murni kami dan jauhilah kami daripada rasa riak,sombong dan rezeki yang haram. Moga kami sentiasa berterusan di permudahkanMU..Amin

Saturday 17 September 2011

TEMPAT TERAPUTIK UNTUK SESI RUNDINGCARA/KAUNSELING DI HPC

Ruang Rundingcara untuk keselesaan pelanggan.

Khidmat Pelanggan (meja 'customer service')

Ruang Tempat yang akan sentiasa di tambahbaik, insyaALLAH.

Friday 8 July 2011

Penghargaan Terima Kasih Kepada Penasihat HPC - Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Meriam

HPC dengan berbesar hati mengucapkan penghargaan kepada Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Meriam Syed Akil kerana sudi mencurahkan ilmu dan nasihat serta bimbingan dalam membangunkan modal insan masyarakat sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

HPC bertekad berkongsi ilmu ILAHI dengan semua lapisan masyarakat sama ada sekolah-sekolah, IPTA/S, organisasi mahupun sesiapa sahaja.

Semoga harapan suci dan murni HPC didokongi semua dan diredhai ALLAH SWT.

Terima Kasih.

Monday 4 July 2011

Kelas Pemulihan dan Asas Bacaan Al-Quran


DAFTAR SEGERA
KELAS BERMULA PERTENGAHAN JULAI 2011

HUBUNGI
017-2381835 @ 03-87060649
(EN. MOHD AZHAR)

 Kelas akan diadakan di Pejabat Urusan HPC
 NO.17-1A, JALAN 15/1C, SEKSYEN 15,
 43650, BANDAR BARU BANGI,
 SELANGOR DARUL EHSAN.

Tuesday 28 June 2011

Kelas Pengajian Al-Quran & Tajwid Dibuka!

  1. Tawaran belajar dan amal ilmu agama.
  2. Kepada semua yang beragama ISLAM yang ingin memasuki Kelas Al-Quran dan Tajwid, Pendaftaran akan dibuka mulai sekarang.
  3. Tempat adalah terhad supaya pembelajaran lebih kondusif.
  4. Penyertaan dibuka hanya kepada golongan remaja dan dewasa sahaja.
  5. Yuran pendaftaran RM20 sahaja sekali seumur hidup.
  6. Yuran bulanan RM60 sahaja kelas dua kali seminggu.

    Pusat pembelajaran adalah di:  
    No. 17-1A, Jalan 15/1C,
    Sekyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi,
    Selangor Darul Ehsan. (bersebelahan NIOSH, atas Restoran Anje)

HUBUNGI:
MOHD AZHAR BIN JALULIDN
PENGURUS OPERASI DAN PENTADBIRAN
HIGHEST POINT CONSULTANT (001960025-W)
D-04-15 JALAN CU/1A, JALAN CHERAS UTAMA,
56000 CHERAS, KUALA LUMPU
R.


H/P      :     017-2381835                           
Office   :     03-87060649    
Email    :     azhar.hpc2u@yahoo.com

Thursday 16 June 2011

Kecelaruan Minda Skizofrenia


Skizofrenia ialah kecelaruan yang membei kesan kepada otak dalam menerima dan mengintepretasi maklumat.

Simtom penyakit ini boleh dibahagikan kepada :
  • Simtom Positif (Halusinasi dan Delusi)
  • Simtom Negatif (Hilang motivasi dan tenaga)
  • Simtom Kognitif (Masalah proses berfikir)
Simtom ini berlaku kerana ada ketidakseimbangan chemical dalam otak. Perubatan dengan memakan ubat bersesuaian boleh menambahbaikkan keadaan simtom ini. Namun jika ubatan dihentikan simtom ini akan kembali (relapse).

Bersama kita mengenali dan mencegah daripada terjatuh ke arah kecelaruan minda. Sesungguhnya kita dilahirkan sebagai pemenang di dunia kerana ALLAH telah memilih kita untuk hidup di muka bumi ini.

Sentiasalah bersyukur menikmati anugerah ALLAH yang tidak pernah putus. Di kala malam ALLAH mengalihkan matahari sebagai nikmat kita merehatkan badan. Di kala siang pula ALLAH menanugerahkan matahari untuk menyinari alam. Bayangkanlah setiap saat kita bernafas dengan izin dan nikmat yang ALLAH berikan.

Bersama kita menjaga kesihatan menjadi cergas dan cerdas.

(Oleh:Perunding HPC
 hpc2u.blogspot.com)

Wednesday 15 June 2011

Kekuatan Minda

Kita mempunyai akal fikiran yang sangat hebat fungsinya. Bayangkan sahaja komputer dan seluruh teknologi yang wujud di muka bumi ALLAH ini asalnya dari kuasa MINDA. 

Sedar atau tidak sedar semua kecanggihan dan kemodenan yang ada disekeliling kita datangnya dari buah fikiran manusia atau lebih tepat lagi berasal dari minda hamba ALLAH iaitu kita semua makhluk ciptaanNYA.




Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kekuatan minda iaitu kehebatan akal fikiran kita. Dalam Psikologi kami memanggilnya sebagai KOGNITIF. 

Untuk menjadi individu yang HEBAT kita harus mulakan dengan penggunaan KOGNITIF yang luar biasa. Lebih senang untuk saya katakan untuk berubah denga tindakan kita harus mengubah MINDA kita menjadi kuat dahulu. Tanpa minda yang KUAT susah untuk kita bertindak luar biasa CEMERLANG.

Salam BERKUASA buat semua insan termasuk diri saya sendiri.

(Oleh:Perunding HPC)

Thursday 9 June 2011

Penipu Sebenar Dan Penipu Palsu

Hari ini saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Kinikal bersama Pakar Psikiatri untuk membincangkan mengenai pesakit-pesakit Psikiatri. Sedikit perkongsian ilmu Ilahi mengenai pesakit yang mengalami Bipolar Disorder iaitu secara amnya pesakit yang mengalami kecelaruan mood samaada terlalu gembira atau terlalu sedih dan sukar untuk dikawal mahupun diramal bila akan berlakunya mood tersebut.

Ketidakseimbangan minda untuk berfungsi dengan baik yang berlaku pada pesakit menyebabkan berlaku 'penipuan' secara tidak terkawal tanpa diingininya berlaku. Ini bolehlah saya katakan sebagai 'penipu palsu' iaitu berlaku ketika pesakit sedang sakit atau mengalami Bipolar Disorder. Ini kerana ketika pesakit sedar semula, ia tidak menyedari apa yang berlaku pada ketika detik penipuan itu berlaku. Ini sangat jelas membuktikan pesakit tidak dapat mengawal apa yang berlaku seperti orang biasa yang sihat tanpa gangguan kecelaruan minda.

Berbeza pula dengan sesetengah manusia yang memang suka 'menipu' dengan sengaja. Ini bolehlah kita namakan 'penipu sebenar'. Maka bolehlah saya rumuskan bahawa kita berhak menjadi apa yang kita inginkan dengan hati yang ikhlas melainkan kita jatuh sakit (kecelaruan psikologikal).

Bersama-sama kita mengetahui serba sedikit punca berlakunya kecelaruan psikologikal iaitu faktor sosial(cth:kemiskinan dll), faktor keluarga (cth:hubungan keluarga dll), faktor psikologikal (cth:stress dll) dan faktor biologikal (cth:genetik dll).

Minda yang sihat melahirkan diri yang berkualiti baik dan mencegah lebih baik dari merawat.

(Penulis:Perunding HPC)

Wednesday 8 June 2011

TAWARAN HEBAT SILA HUBUNGI HPC (6 SEKOLAH TERAWAL SAHAJA)

TENTATIF SEMINAR MOTIVASI SEKOLAH 2011
 “PELAJAR LUAR BIASA HEBAT !


HARI SABTU
8.00-8.30
Pendaftaran
8.30-9.30
Pembahagian Kumpulan /Fasilitator & Ice Breaking/Mind Setting
             Ketua Fasilitator- Pegawai Jab. Agama
9.30-10.00
Minum Pagi
10.00-11.00
LDK 1- Saya Adalah Pemenang!
             Fasilitator Terlatih
11.00-1.00
PDK1- Sesi Perkongsian Cemerlang Akademik /Sahsiah
            Dr.Haminudin (Mantan Pelajar Cemerlang/Dr.Perubatan)
            Pn.Maziah (Penulis Buku/Pensyarah)
            Pn.Fadzlin (Pegawai Psikologi PPUKM)
1.00-2.30
Solat/Rehat
2.30-3.30
LDK2- Kuasa Kognitif
           Fasilitator Terlatih
3.30-4.30
LDK3- Kuasa Tindakan
           Fasilitator Terlatih
4.30-5.30
Solat/Minum Petang
5.30-6.30
Riadah- Ikut Macam Saya
            Cik Shuhada (Pegawai Yayasan SALAM)
6.30-8.00
Solat/Makan Malam
8.00-10.00
PDK2- Sesi Pembentangan / Rumusan Sepetang bersama Kuasa Ilmu
            Ketua Fasilitator
            Perunding Psikologi
            Perunding HPC
4.30-5.30
Qiamullai
            Kapten Lokman Hakim (Pegawai Agama KAGAT ATM)


HARI AHAD
6.00-7.00
Solat/ Ceramah Islam Agamaku
           Ust Jowel (Peg.Psikologi PDRM)
7.00-8.00
Senaman Sihat Selalu
           En.Andy Suriya (Belia&Komuniti)
8.00-8.30
Sarapan Pagi bersama Fasilitator
8.30-9.30
LDK 4- Strategi Pelajar Cemerlang Menuju ke Puncak!
            Fasilitator Terlatih
9.30-10.00
Minum Pagi
10.00-11.00
PDK3- Komited Ke Puncak!
            Perunding HPC
            Pengasas HPC
11.00-1.00
Sesi Bersama Ibu Bapa
1.00-2.30
Makan Tengahari
2.30-3.30
Majlis Penutupan/Pembahagian Sijil

*Tertakhluk pada sebarang perubahan.

MOHD AZHAR BIN JALULIDN
PENGURUS OPERASI DAN PENTADBIRAN
HIGHEST POINT CONSULTANT (001960025-W)
D-04-15 JALAN CU/1A, JALAN CHERAS UTAMA,
56000 CHERAS, KUALA LUMPUR.
h/p      :     017-2381835                           
office:    03-87060649    
email :    azhar.hpc2u@yahoo.com  
 Tarikh yang ditawarkan (tempahan awal diutamakan memilih tarikh)ialah seperti berikut:
                                      18 &19 Jun 2011 (sudah ditempah)
                                      25 & 26 Jun 2011
                                      02 & 03 Julai 2011
                                      09 & 10 Julai 2011
                                      16 & 17 Julai 2011
                                      23 & 24 Julai 2011


Pakaj harga biasa selain tarikh diatas : RM 5499 (100 pelajar)
Pakaj Tawaran Ulang Tahun HPC        : RM 2993 (100 pelajar)

 Hanya 6 buah Sekolah terawal sahaja akan mendapat tawaran harga menarik.
  • Program seminar ini akan berlangsung selama 2 hari 1 malam yang akan dikelolakan HPC sepenuhnya. 
  • HPC akan menyediakan penceramah yang berpengalaman.
  • HPC akan menyediakan fasilitator berpengalaman dari sektor swasta, kerajaan, ipta/ipts.
  • Pendekatan yang digunakan adalah berkonsepkan ilmu Psikologi dan Kaunseling.
  • Dua sekolah terawal akan mendapat perkhidmatan Ujian Psikologi PERCUMA dari Pegawai Psikologi PPUKM.
Peserta dan Pihak Sekolah yang terlibat akan diberi DISKAUN 10% sesi KAUNSELING KERJAYA oleh Kaunselor HPC yang Berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia.
*Sijil, Fail, Nota dan Cenderahati disediakan.



Tuesday 7 June 2011

KEUNIKAN MANUSIA DAN BUDAYA

    Sungguhpun manusia diciptakan sama daripada segi fitrah, namun manusia tergolong ke dalam berbagai kelompok, bangsa, kaum, etnik dan ras. Setiap manusia mengiktiraf perbezaan-perbezaan ini dan telah menekankan betapa perlunya manusia untuk saling mengenali antara satu sama lain. Malah dalam negara kita sendiri tidak pernah mengabaikan kaum minoriti atau mendiskriminasi antara kelompok-kelompok tertentu. Golongan minoriti dan terpencil diberikan hak yang sewajarnya dalam menjalani kehidupan sebagai manusia. Ini bolehlah dikatakan sebagai kepelbagaian budaya dari aspek kumpulan minoriti. Kepelbagaian budaya adalah satu realiti dalam kehidupan di dunia ini dan kaunseling pelbagai budaya berperanan dalam mengenalpasti resolusi masalah tersebut (Corey, Corey & Callanan, 2007).
          Diantara beberapa kumpulan minoriti termasuklah golongan gay, lesbian, suku kaum asli, golongan kurang upaya, kumpulan etnik minoriti serta lain-lain lagi. Menurut Corey, Corey & Callanan (2007), kumpulan minoriti merujuk kepada orang-orang yang menjadi berseorangan diluar daripada biasa serta menganggap di diskriminasikan. Ia mungkin terdiri daripada beberapa orang sahaja atau kelompok yang kecil. Di Malaysia contohnya terdapat isu yang mengatakan suku kaum asli serta orang kurang upaya di disriminasikan. Namun, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam mengatasi masalah ini seperti ingin membawa keluar suku kaum asli ke kawasan yang senang mendapat kemdahan dan sebagainya. Tetapi golongan itu sendiri yang ingin mengekalkan tradisi kehidupan mereka. Manakala golongan kurang upaya pula telah  banyak dibantu untuk memastikan mendapat kemudahan yang sepatutnya.
          Penglibatan bidang kaunseling dalam menghadapi masalah dan isu kumpulan minoriti ini adalah satu langkah yang baik dalam membantu memperkembangkan potensi golongan ini dan mencari titik kekuatan untuk bersama-sama menjayakan agenda masyarakat majmuk. Pemahaman yang pelbagai di kalangan pengamal kaunseling akan memudahkan penerokaan kepada isu-isu ini. Malah kumpulan minoriti ini sebenarnya adalah satu keunikan manusia yang wujud dalam dunia sekarang.
(oleh:MOHAMMAD AFIZUL MOHAMMAD KB;PA)

PEMBANGUNAN MODAL INSAN PENJANA WAWASAN 2020



Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.


Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.





TERAS DASAR PEMBANGUNAN MODAL INSAN


. Melaksanakan penambahbaikanterhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa;

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara

* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;

* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiarimemenuhi keperluan pasaran;

* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;

* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;

* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan

* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangandan perundingan antara kerajaansektor swastaibu bapadan masyarakat dalam pembangunan modal insan.