Tuesday 28 June 2011

Kelas Pengajian Al-Quran & Tajwid Dibuka!

  1. Tawaran belajar dan amal ilmu agama.
  2. Kepada semua yang beragama ISLAM yang ingin memasuki Kelas Al-Quran dan Tajwid, Pendaftaran akan dibuka mulai sekarang.
  3. Tempat adalah terhad supaya pembelajaran lebih kondusif.
  4. Penyertaan dibuka hanya kepada golongan remaja dan dewasa sahaja.
  5. Yuran pendaftaran RM20 sahaja sekali seumur hidup.
  6. Yuran bulanan RM60 sahaja kelas dua kali seminggu.

    Pusat pembelajaran adalah di:  
    No. 17-1A, Jalan 15/1C,
    Sekyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi,
    Selangor Darul Ehsan. (bersebelahan NIOSH, atas Restoran Anje)

HUBUNGI:
MOHD AZHAR BIN JALULIDN
PENGURUS OPERASI DAN PENTADBIRAN
HIGHEST POINT CONSULTANT (001960025-W)
D-04-15 JALAN CU/1A, JALAN CHERAS UTAMA,
56000 CHERAS, KUALA LUMPU
R.


H/P      :     017-2381835                           
Office   :     03-87060649    
Email    :     azhar.hpc2u@yahoo.com

Thursday 16 June 2011

Kecelaruan Minda Skizofrenia


Skizofrenia ialah kecelaruan yang membei kesan kepada otak dalam menerima dan mengintepretasi maklumat.

Simtom penyakit ini boleh dibahagikan kepada :
  • Simtom Positif (Halusinasi dan Delusi)
  • Simtom Negatif (Hilang motivasi dan tenaga)
  • Simtom Kognitif (Masalah proses berfikir)
Simtom ini berlaku kerana ada ketidakseimbangan chemical dalam otak. Perubatan dengan memakan ubat bersesuaian boleh menambahbaikkan keadaan simtom ini. Namun jika ubatan dihentikan simtom ini akan kembali (relapse).

Bersama kita mengenali dan mencegah daripada terjatuh ke arah kecelaruan minda. Sesungguhnya kita dilahirkan sebagai pemenang di dunia kerana ALLAH telah memilih kita untuk hidup di muka bumi ini.

Sentiasalah bersyukur menikmati anugerah ALLAH yang tidak pernah putus. Di kala malam ALLAH mengalihkan matahari sebagai nikmat kita merehatkan badan. Di kala siang pula ALLAH menanugerahkan matahari untuk menyinari alam. Bayangkanlah setiap saat kita bernafas dengan izin dan nikmat yang ALLAH berikan.

Bersama kita menjaga kesihatan menjadi cergas dan cerdas.

(Oleh:Perunding HPC
 hpc2u.blogspot.com)

Wednesday 15 June 2011

Kekuatan Minda

Kita mempunyai akal fikiran yang sangat hebat fungsinya. Bayangkan sahaja komputer dan seluruh teknologi yang wujud di muka bumi ALLAH ini asalnya dari kuasa MINDA. 

Sedar atau tidak sedar semua kecanggihan dan kemodenan yang ada disekeliling kita datangnya dari buah fikiran manusia atau lebih tepat lagi berasal dari minda hamba ALLAH iaitu kita semua makhluk ciptaanNYA.




Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kekuatan minda iaitu kehebatan akal fikiran kita. Dalam Psikologi kami memanggilnya sebagai KOGNITIF. 

Untuk menjadi individu yang HEBAT kita harus mulakan dengan penggunaan KOGNITIF yang luar biasa. Lebih senang untuk saya katakan untuk berubah denga tindakan kita harus mengubah MINDA kita menjadi kuat dahulu. Tanpa minda yang KUAT susah untuk kita bertindak luar biasa CEMERLANG.

Salam BERKUASA buat semua insan termasuk diri saya sendiri.

(Oleh:Perunding HPC)

Thursday 9 June 2011

Penipu Sebenar Dan Penipu Palsu

Hari ini saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Kinikal bersama Pakar Psikiatri untuk membincangkan mengenai pesakit-pesakit Psikiatri. Sedikit perkongsian ilmu Ilahi mengenai pesakit yang mengalami Bipolar Disorder iaitu secara amnya pesakit yang mengalami kecelaruan mood samaada terlalu gembira atau terlalu sedih dan sukar untuk dikawal mahupun diramal bila akan berlakunya mood tersebut.

Ketidakseimbangan minda untuk berfungsi dengan baik yang berlaku pada pesakit menyebabkan berlaku 'penipuan' secara tidak terkawal tanpa diingininya berlaku. Ini bolehlah saya katakan sebagai 'penipu palsu' iaitu berlaku ketika pesakit sedang sakit atau mengalami Bipolar Disorder. Ini kerana ketika pesakit sedar semula, ia tidak menyedari apa yang berlaku pada ketika detik penipuan itu berlaku. Ini sangat jelas membuktikan pesakit tidak dapat mengawal apa yang berlaku seperti orang biasa yang sihat tanpa gangguan kecelaruan minda.

Berbeza pula dengan sesetengah manusia yang memang suka 'menipu' dengan sengaja. Ini bolehlah kita namakan 'penipu sebenar'. Maka bolehlah saya rumuskan bahawa kita berhak menjadi apa yang kita inginkan dengan hati yang ikhlas melainkan kita jatuh sakit (kecelaruan psikologikal).

Bersama-sama kita mengetahui serba sedikit punca berlakunya kecelaruan psikologikal iaitu faktor sosial(cth:kemiskinan dll), faktor keluarga (cth:hubungan keluarga dll), faktor psikologikal (cth:stress dll) dan faktor biologikal (cth:genetik dll).

Minda yang sihat melahirkan diri yang berkualiti baik dan mencegah lebih baik dari merawat.

(Penulis:Perunding HPC)

Wednesday 8 June 2011

TAWARAN HEBAT SILA HUBUNGI HPC (6 SEKOLAH TERAWAL SAHAJA)

TENTATIF SEMINAR MOTIVASI SEKOLAH 2011
 “PELAJAR LUAR BIASA HEBAT !


HARI SABTU
8.00-8.30
Pendaftaran
8.30-9.30
Pembahagian Kumpulan /Fasilitator & Ice Breaking/Mind Setting
             Ketua Fasilitator- Pegawai Jab. Agama
9.30-10.00
Minum Pagi
10.00-11.00
LDK 1- Saya Adalah Pemenang!
             Fasilitator Terlatih
11.00-1.00
PDK1- Sesi Perkongsian Cemerlang Akademik /Sahsiah
            Dr.Haminudin (Mantan Pelajar Cemerlang/Dr.Perubatan)
            Pn.Maziah (Penulis Buku/Pensyarah)
            Pn.Fadzlin (Pegawai Psikologi PPUKM)
1.00-2.30
Solat/Rehat
2.30-3.30
LDK2- Kuasa Kognitif
           Fasilitator Terlatih
3.30-4.30
LDK3- Kuasa Tindakan
           Fasilitator Terlatih
4.30-5.30
Solat/Minum Petang
5.30-6.30
Riadah- Ikut Macam Saya
            Cik Shuhada (Pegawai Yayasan SALAM)
6.30-8.00
Solat/Makan Malam
8.00-10.00
PDK2- Sesi Pembentangan / Rumusan Sepetang bersama Kuasa Ilmu
            Ketua Fasilitator
            Perunding Psikologi
            Perunding HPC
4.30-5.30
Qiamullai
            Kapten Lokman Hakim (Pegawai Agama KAGAT ATM)


HARI AHAD
6.00-7.00
Solat/ Ceramah Islam Agamaku
           Ust Jowel (Peg.Psikologi PDRM)
7.00-8.00
Senaman Sihat Selalu
           En.Andy Suriya (Belia&Komuniti)
8.00-8.30
Sarapan Pagi bersama Fasilitator
8.30-9.30
LDK 4- Strategi Pelajar Cemerlang Menuju ke Puncak!
            Fasilitator Terlatih
9.30-10.00
Minum Pagi
10.00-11.00
PDK3- Komited Ke Puncak!
            Perunding HPC
            Pengasas HPC
11.00-1.00
Sesi Bersama Ibu Bapa
1.00-2.30
Makan Tengahari
2.30-3.30
Majlis Penutupan/Pembahagian Sijil

*Tertakhluk pada sebarang perubahan.

MOHD AZHAR BIN JALULIDN
PENGURUS OPERASI DAN PENTADBIRAN
HIGHEST POINT CONSULTANT (001960025-W)
D-04-15 JALAN CU/1A, JALAN CHERAS UTAMA,
56000 CHERAS, KUALA LUMPUR.
h/p      :     017-2381835                           
office:    03-87060649    
email :    azhar.hpc2u@yahoo.com  
 Tarikh yang ditawarkan (tempahan awal diutamakan memilih tarikh)ialah seperti berikut:
                                      18 &19 Jun 2011 (sudah ditempah)
                                      25 & 26 Jun 2011
                                      02 & 03 Julai 2011
                                      09 & 10 Julai 2011
                                      16 & 17 Julai 2011
                                      23 & 24 Julai 2011


Pakaj harga biasa selain tarikh diatas : RM 5499 (100 pelajar)
Pakaj Tawaran Ulang Tahun HPC        : RM 2993 (100 pelajar)

 Hanya 6 buah Sekolah terawal sahaja akan mendapat tawaran harga menarik.
  • Program seminar ini akan berlangsung selama 2 hari 1 malam yang akan dikelolakan HPC sepenuhnya. 
  • HPC akan menyediakan penceramah yang berpengalaman.
  • HPC akan menyediakan fasilitator berpengalaman dari sektor swasta, kerajaan, ipta/ipts.
  • Pendekatan yang digunakan adalah berkonsepkan ilmu Psikologi dan Kaunseling.
  • Dua sekolah terawal akan mendapat perkhidmatan Ujian Psikologi PERCUMA dari Pegawai Psikologi PPUKM.
Peserta dan Pihak Sekolah yang terlibat akan diberi DISKAUN 10% sesi KAUNSELING KERJAYA oleh Kaunselor HPC yang Berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia.
*Sijil, Fail, Nota dan Cenderahati disediakan.



Tuesday 7 June 2011

KEUNIKAN MANUSIA DAN BUDAYA

    Sungguhpun manusia diciptakan sama daripada segi fitrah, namun manusia tergolong ke dalam berbagai kelompok, bangsa, kaum, etnik dan ras. Setiap manusia mengiktiraf perbezaan-perbezaan ini dan telah menekankan betapa perlunya manusia untuk saling mengenali antara satu sama lain. Malah dalam negara kita sendiri tidak pernah mengabaikan kaum minoriti atau mendiskriminasi antara kelompok-kelompok tertentu. Golongan minoriti dan terpencil diberikan hak yang sewajarnya dalam menjalani kehidupan sebagai manusia. Ini bolehlah dikatakan sebagai kepelbagaian budaya dari aspek kumpulan minoriti. Kepelbagaian budaya adalah satu realiti dalam kehidupan di dunia ini dan kaunseling pelbagai budaya berperanan dalam mengenalpasti resolusi masalah tersebut (Corey, Corey & Callanan, 2007).
          Diantara beberapa kumpulan minoriti termasuklah golongan gay, lesbian, suku kaum asli, golongan kurang upaya, kumpulan etnik minoriti serta lain-lain lagi. Menurut Corey, Corey & Callanan (2007), kumpulan minoriti merujuk kepada orang-orang yang menjadi berseorangan diluar daripada biasa serta menganggap di diskriminasikan. Ia mungkin terdiri daripada beberapa orang sahaja atau kelompok yang kecil. Di Malaysia contohnya terdapat isu yang mengatakan suku kaum asli serta orang kurang upaya di disriminasikan. Namun, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam mengatasi masalah ini seperti ingin membawa keluar suku kaum asli ke kawasan yang senang mendapat kemdahan dan sebagainya. Tetapi golongan itu sendiri yang ingin mengekalkan tradisi kehidupan mereka. Manakala golongan kurang upaya pula telah  banyak dibantu untuk memastikan mendapat kemudahan yang sepatutnya.
          Penglibatan bidang kaunseling dalam menghadapi masalah dan isu kumpulan minoriti ini adalah satu langkah yang baik dalam membantu memperkembangkan potensi golongan ini dan mencari titik kekuatan untuk bersama-sama menjayakan agenda masyarakat majmuk. Pemahaman yang pelbagai di kalangan pengamal kaunseling akan memudahkan penerokaan kepada isu-isu ini. Malah kumpulan minoriti ini sebenarnya adalah satu keunikan manusia yang wujud dalam dunia sekarang.
(oleh:MOHAMMAD AFIZUL MOHAMMAD KB;PA)

PEMBANGUNAN MODAL INSAN PENJANA WAWASAN 2020



Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.


Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.





TERAS DASAR PEMBANGUNAN MODAL INSAN


. Melaksanakan penambahbaikanterhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa;

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara

* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;

* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiarimemenuhi keperluan pasaran;

* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;

* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;

* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan

* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangandan perundingan antara kerajaansektor swastaibu bapadan masyarakat dalam pembangunan modal insan.




Sunday 5 June 2011

PROMOSI SEMPENA ULANG TAHUN HPC UNTUK 6 SEKOLAH TERAWAL SAHAJA!

Sempena Ulang Tahun HPC kami menawarkan "Seminar Pelajar Luar Biasa Hebat"! 
Tarikh yang ditawarkan ialah :



  •     18&19 Jun 2011 (sudah ditempah)
  •     25&26 Jun2011
  •     2&3 Julai 2011
  •     9&10 Julai 2011
  •     16&17 Julai 2011
  •     23&24 Julai 2011



Pakaj harga biasa selain tarikh diatas : RM5499 (100 pelajar)
Pakaj Tawaran Ulang Tahun HPC      : RM2993 (100 pelajar)


Hanya 6 buah Sekolah terawal sahaja akan mendapat tawaran harga menarik.



  • Program seminar ini akan berlangsung selama 2 hari 1 malam yang akan dikelolakan HPC sepenuhnya. 
  • HPC akan menyediakan penceramah yang berpengalaman.
  • HPC akan menyediakan fasilitator berpengalaman dari sektor swasta, kerajaan, ipta/ipts.
  • Pendekatan yang digunakan adalah berkonsepkan ilmu Psikologi dan Kaunseling.
  • Dua sekolah terawal akan mendapat perkhidmatan Ujian Psikologi PERCUMA dari Pegawai Psikologi PPUKM.

Peserta dan Pihak Sekolah yang terlibat akan diberi DISKAUN 10% sesi KAUNSELING KERJAYA oleh Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia.
*Sijil, Fail, Nota dan Cenderahati disediakan.


Hubungi Pengurus Operasi HPC:
Mr Azhar Bin Jalulidin
0172381835
03-87060649
azhar.hpc2u@yahoo.com
 "HPC KOMITED KE PUNCAK"

PRINSIP KAUNSELING


Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:
  1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.
  2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
  3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
  4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
  5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
  6. Kaunselor memahami kliennya.
  7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.
  8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.


Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:


  1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.
  2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi.
  3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri.
  4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.


Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:
  1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah atau kerunsingan.
  2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.
  3. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional.
  4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
  5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.
  6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang.
  7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu.
  8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

Saturday 4 June 2011

TUJUAN KAUNSELING

Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
          Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.



Lima tujuan kaunseling iaitu:
  1. Menolong mengubah tingkah laku klien.
  2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
  3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
  4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
  5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

          Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:
  • Memahami diri dan situasinya;
  • Mengenal pasti keperluannya;
  • Menerima realiti hidupnya;
  • Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
  • Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
  • Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

          Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
          Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.

          Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.